ANTARA SUKU KAUM MINORITI YANG KURANG DIKENALI DI SARAWAK
KAUM2 MINORITI KECIL YANG SEMAKIN BERKURANGAN JUMLAHNYA MUNGKIN DISEBABKAN OLEH BEBERAPA FAKTOR SEPERTI PERKAHWINAN CAMPUR.
Umum mengenali kaum2 di Sarawak seperti kaum Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau dan Cina. Sedikit sebanyak kaum Orang Ulu seperti kaum Kayan, Kenyah, Kelabit, Punan dan Penan juga dikenali oleh orang-orang diluar sana.
Namun kaum2 seperti Kaum Kejaman, Sekapan,Lahanan,Lun Bawang, Kiput,Tabun, Tring, Miriek, Lisum, Dalek, Bisaya, Tagal, Kedayan, Baketan, Ukit, Berawan, Sa’ban,Tanjung, Seping,Pegu dan Seru amatlah kurang kita kenali. Orang2 Sarawak sendiri ramai yang tidak mengenali kaum2 minoriti ini.
Kenali kaum2 minoriti ini yang penuh dengan keunikan adat, budaya dan tradisi mereka yang tersendiri. Kita berharap agar generasi muda dapat mengekalkan tradisi,adat, budaya dan bahasa kaum2 ini supaya tidak hilang ditelan zaman.
KAUM TRING
-Merupakan salah satu sub-etnik yang menjadi pembentuk kaum Orang Ulu yang ada sekarang. Dahulunya populasi mereka ramai di kawasan Baram dan mereka dikatakan amat dekat dengan kaum Berawan yang menghuni kawasan Sungai Tinjar,Baram Miri.
-Etnik Tring dikatakan antara kelompok masyarakat Dayak yang berasal dari rumpun Apokayan yang berasal dari pinggiran Sungai Kayan,Kabupaten Bulungan. Etnik Tring ini merupakan suku Dayak Bahau yang mempunyai sub etniknya sendiri seperti Hwang Tring, Hwang Siraw,Hwang Anah dan Hwang Boh.
**gambar hanya sekadar hiasan kerana gadisnya dihiasi senyuman begicu**
KAUM LISUM / REJANG KAYAN
- Merupakan salah satu pecahan sub-etnik untuk etnik besar yang membentuk kaum Orang Ulu Sarawak iaitu kaum Kayan.
-Menurut laporan populasi Sarawak tahun 2010, terdapat lebih kurang 7000 orang kaum Lisum dan populasi mereka tertumpu di kawasan Rejang di kawasan Sungai Balui.
-Kaum Lisum ini dikatakan satu kelompok masyarakat Dayak yang berasal dari Kalimantan Barat.
-Ketika mereka di Apo Kayan, mereka dikenali sebagai Punan Lisum
-Kaum lisum mempunyai kaitan secara langsung dengan suku kaum Sihan dan kaum Lugat
-Mereka mempunyai bahasa mereka yang tersendiri iaitu bahasa Rejang Kayan
**gambar hiasan kerana gadisnya dihiasi bunga2 asmara**
ETNIK TABUN
-Tabun merupakan sub-etnik kepada etnik Kelabit iaitu salah sebuah kaum yang dikategorikan di bawah kumpulan Orang Ulu di Sarawak. Populasi etnik Tabun kebanyakannya didapati di bahagian Limbang iaitu di Kuala Mendalam.
-Etnik ini pada asalnya merupakan sekelompok masyarakat Kelabit yang berhijrah dari Bario. Kelompok Kelabit ini berhijrah ke Pa’Adang, Long Semadoh dan Sungai Limbang. Namun, ada di antara kelompok ini yang tidak berpuas hati dengan keadaan tanah di Long Semadoh kemudian meneroka petempatan baru yang lebih dalam
KAUM MIRIEK
-Menurut legenda, kaum ini dahulunya terpaksa berpindah dari pedalaman sungai Miri ke pantai akibat daripada perang peluasan wilayah oleh kaum Kayan. Ianya telah disebut sebagai ‘Perang Kayau’
-Maka, akibat peperangan yang berlaku mereka sering ditindas dan terpaksa berpindah-randah dari Apo Kayan sehingga ke kawasan Baram. Selain itu, mereka turut membuka kawasan penempatan di sekitar Sungai Miri.
-Sehingga kini, populasi etnik Miriek direkodkan mencecah seramai 10,000 orang dan kebanyakannya mereka menetap di utara Sarawak dan Brunei Darussalam
-Etnik ini menggunakan dialek dari Baram yang dikenali sebagai Bahasa Tuttot Meirek. Menurut penyelidik, bahasa Miriek antara bahasa tertua yang dituturkan di dunia yang telah berusia sekitar 300 – 400 tahun dahulu. Ia juga antara bahasa etnik di dunia yang sedang berdepan dengan ancaman kepupusan mungkin disebabkan oleh proses asimilasi dalam masyarakat tempatan.
KAUM DALEK
-Asal usul etnik Dalek ini dipercayai berasal dari satu kumpulan masyarakat etnik Kenyah di Dataran Tinggi Usun Apau. Perpecahan akibat peperangan sesama sendiri di Usun Apau telah memaksa sebahagian daripada mereka berpindah ke seluruh pelusuk Kepulauan Borneo. Penghijrahan ini telah mewujudkan sub-etnik seperti etnik Berawan
-Etnik Dalek ini telah diancam kepupusan sejak dari zaman pemerintahan Brooke lagi. Kini, kebanyakan mereka bukanlah etnik Dalek yang asli tetapi sebaliknya telah mempunyai campuran etnik Bakong dan Miriek. Mereka dikenali sebagai masyarakat Badami yang mendiami kawasan sekitar Sibuti dan Bekenu. Bahkan, bahasa Dalek juga dipercayai telah pupus sepenuhnya.
-Kini, etnik Dalek telah ramai yang memeluk agama Islam dan melangsungkan perkahwinan campur di antara etnik Bakong dan Miriek yang terlebih dahulu memeluk Islam. Mereka terus berasimilasi menjadi sebahagian daripada masyarakat Melayu Sarawak pada hari ini.
**gambar sekadar hiasan**
KAUM TAGAL
-Populasi Etnik Tagal atau Tanggal ini banyak tertumpu di daerah-daerah yang bersempadanan dengan Sabah dan juga Brunei seperti di bahagian Limbang dan Lawas.
-Keberadaan mereka di perbatasan antara negeri/negara juga membenarkan mereka menjadi antara etnik yang mempunyai kaum keluarga yang rapat di sebelah negeri Sabah dan juga negara jiran kita iaitu Negara Brunei Darussalam.
-Walaupun etnik Tagal adalah salah satu daripada rumpun Murut, namun begitu ada beberapa perbezaan dari segi adat dan budaya di dalam etnik ini yang agak berlainan dengan etnik Murut itu sendiri.
KAUM SA’BAN
-Merupakan salah satu sub-etnik Kelabit.
-Populasi mereka ramai tertumpu di satu daerah di Tanah Tinggi Kelabit yang bernama Punang Kelapang.
-Mempunyai banyak persamaan dari segi adat,budaya dan tradisi dengan kaum Kelabit dan rata2 orang Sa’ban boleh berbahasa Kelabit.
-Menurut sejarah keturunan Sa’ban ini berasal dari kawasan Sungai Bahau,Kalimantan Timur
-Dikatakan sehingga ke hari ini, Orang Sa’ban amat kurang mengamalkan perkahwinan campur biarpun sudah hidup di arus kemodenab.
KAUM BERAWAN
-Kaum Berawan merupakan salah satu kaum minoriti di dalam etnik Orang Ulu, Sarawak. Penempatan Orang Berawan banyak terdapat di sekitar Taman Negara Mulu,Miri terutamanya di kawasan Loagan Bunut dan ada juga di Ulu Baram.
-Orang Berawan merupakan kaum pertama yang mendiami kawasan Taman Negara Loagan Bunut dan menjadi satu-satunya kaum di Sarawak yang boleh menangkap ikan di tasik ini sejak dari tahun 1990 lagi.
-Mengikut sejarah turun temurun, kaum Berawan dikatakan adalah pecahan daripada sub-etnik Kenyah namun dari segi bahasanya mereka lebih ke arah kaum Kelabit. Dari segi adat resam dan budaya, kaum Berawan menyerupai kaum Kenyah dan kaum Kelabit.
KAUM KEJAMAN
-Kaum Kejaman adalah satu daripada kaum etnik yang sudah lama menetap di negeri Sarawak. Secara khususnya mereka menetap di dua buah rumah panjang di Belaga iaitu Kejaman Long Segaham dan Kejaman Neh Long Liten.
-Pada awal abad yang ketujuh belas kaum Kejaman telah menetap di kawasan Sungai Kajang, iaitu sebatang sungai simpang Sungai Linau. Pada masa itu juga terdapat kaum Sekapan, Lahanan, Punan dan Penan Busang telah menetap di sekitar kawasan-kawasan Sungai Kajang
-Selepas hidup di sekitar kawasan Sungai Kajang dan kawasan-kawasan hulu dan hilir Sungai Linau berpuluh-puluh tahun, kaum Kejaman telah berpindah ke hilir Sungai Linau ke kawasan lembah Batang Balui hingga ke muara Sungai Belaga dan menetap sehingga hari ini
KAUM KIPUT
-Kaum Kiput atau Lakiput juga dikenali sebagai Lepo Pu’un yang bermaksud suku awal atau bangsa awal. Populasi kaum Kiput dianggarkan sekitar 3000 orang sahaja.
-Kaum Kiput dikatakan mempunyai kaitan yang rapat dari segi sosio dan budaya dengan masyarakat Brunei yang tinggal di Belait dan Kiudang di Negara Brunei Darussalam sekarang. Mengikut sejarah asal-usul kaum Kiput ini berasal dari bahagian tengah Kepulauan Borneo. Orang Kiput dikatakan antara peneroka terawal yang berhijrah dan menetap di sepanjang persisiran Sungai Baram dan dikatakan ada perkaitan rapat dengan Kesultanan Brunei satu ketika dahulu.
-Pada asalnya masyarakat Kiput mengamalkan amalan Animisme atau Pagan namun setelah kedatangan agama sekitar tahun 1920an, kebanyakan mereka menganut agama Kristian dan juga Islam. Bagi masyarakat Kiput yang beragama Kristian, mereka masih lagi tinggal di rumah panjang mereka terutamanya di Kuala Tutoh Baram dan bagi yang sudah memeluk Islam lebih gemar untuk memilih tinggal di perkampungan tradisional Melayu di mana majoritinya menetap di Kampung Benawa.
KAUM TANJUNG / TANYONG
-Suku kaum Tanjung dikategorikan sebagai etnik Kajang dan terletak di Belaga.
-Etnik Tanjung di Belaga ini katanya merupakan pada asalnya suku kaum Melanau.
KAUM PEGU
-Jika anda berasal dari Samarahan, besar kemungkinan anda mempunyai susur galur keturunan etnik Pegu. Kaum Pegu dipercayai mendiami kawasan Sungai Sadong Atas, kaki Gunung Bukar, dan Sungai Samarahan Atas dan mengamalkan amalan animisme atau beragama Hindu sebagai pegangan hidup.
Etnik Pegu ini berhijrah secara besar-besaran ke sebuah kawasan yang dinamakan sebagai Sri Muntungs di Samarahan akibat suatu peristiwa yang tidak dinyatakan. Namun, sebahagian daripada mereka pula berhijarah lebih jauh ke Santubong dalam misi mencari tanah pamah yang baru sekaligus menghindarkan diri daripada persengketaan.
Disebabkan penghijrahan mereka ke Santubong, mereka dikatakan kaum yang terawal menduduki Santubong. Malah, lebih awal sebelum kerajaan Pasir Kuning.
-Menurut tinjauan Charles Grant ke Samarahan sekitar kurun ke-19 yang dicatatkan dalam “The Natives of Sarawak and British North Borneo“, kaum Pegu ini ternyata mempunyai kaitan sebagai nenek moyang masyarakat Melayu Sarawak yang tinggal di Samarahan. Identiti Pegu mereka hilang setelah memeluk agama Islam secara beramai-ramai pada suatu ketika dahulu.
Comments
Post a Comment